Friday, October 17, 2008

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Jumaat penghulu Segala Hari

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “

(al-Bukhari)


Huraian:
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.

2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.

3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.

4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, October 15, 2008

Jalan2 Cari Member

Assalamualaikum kawan2.....
Rasa2nya dah 2-3 hari dah aku x posting dlm blog nie....... Biasala..... dah ada tempat lepak dekat nie kerap la sikit pegi jalan2.... bukan nak melepak sgt.... saja nak menghilangkan boring....
ada jugak la terjumpa member2 keje kat sini...... ada yg 1st time datang nak tgk tempat baru dan ada jugak yg dah masuk kali ke2 dan lebih lagi..... tapi yang pastinya kebanyakannya bersungut.... apasal la giant x buka lagi nie....... voucher giant x guna lagi nie.... sabar jer la ye.... nanti bukak la tu.... dengar2 cite 17 hb nie kot......tak tau la betul ker x tapi tu la yg aku dengar......
Dalam dok sembang2 sempat jugak aku ambik gambar 2-3 org member2 kita nie buat tatapan member2 yg jauh dimata tapi dekat dihati.......

Miki ngan family dia nie first time datang sini..... maklumla duk kemaman takkan nak pegi tiap2 hari mcm aku....... masa nak ambik gambar tu anak miki yg besar tu malu2 sikit nak posing.... Apa pun terima kasih la buat miki sebab sudi posing untuk blog nie..... (baby tu nampak dah makin besar..... bila nak tambah yg baru nie miki.....)













Lepas jumpak miki, aku terserempak pulak ngan Kong & mek dia..... Aku tgk mek dia nie tgh sibuk memilih kasut... sempat jugak aku snap sekepin gambar utk di muatkan dlm blog nie... tapi since mek kong tgh sibuk memilih kasut, taknak la aku menganggu........





Dah letih dah jalan aku pun patah balik ke parking..... sempat jugak jumpa lagi member2 sekerja yg lain...... Antaranya Nasir Anang, Pok Ya Rani & Muslisham...... Sorila tak sempat nak ambik gambar..........
Nie dah masuk hari lain dah nie....... pagi2 lagi handphone aku dah bunyi....... rupa2nya si Azhar Seman nak datang rumah aku copy game PSP....... Korang jgn tak tau.... Azhar Seman sekarang nie dah ada PSP sendiri tau........ mentang2 la aku dah kena tukar shift.... baru ko nak beli PSP sendiri......
Settle segala urusan, kita org pegila pekena air nyor kat food court kat situ..... Harga boleh tahan la...... rasa pulak mmg sebijik mcm air nyor hehehehehe.... Kalau tak percaya korang tryla sendiri..........

Sunday, October 12, 2008

Mesra Mall Opening

Aku nie baru jer balik keje malam. Mata x ngantuk lagi so on la pc kejap tgk blog member2. Kejap lagi kalau x ngantuk jugak igt nak pegi round2 kat Mesra Mall kot2 ada yg menarik.
Masa opening hari tu pegi jugak kejap ngan mek tapi org ramai sgt, Nak jalan pun susah.Anak pulak dah terlelap kat atas dukung. So aku pun redah lautan manusia kat situ sampai jumpa pintu keluar dan terus balik.
Petang tu aku pegi pulak ngan my brader in law(cakap omputeh la pulak). Round2 tgk traffic dulu..... Mak aiiiii sampai dekat ngan R.O ada org parking lagi.... Dari mana la datang ramai sgt nie.
Dressing pulak yg makcik2 ngalahkan nak pegi kenduri.... Yg adik2 tu pulak ngalahkan artis....
Artis pun dressing simple jer hari tu..... Jalan pulak punyala jam sampaikan segala jenis jam ader.... dari jam anggur sampai jam tebu(ada ker jam tebu nie?). Nasib baik aku naik motor.... boleh la jugak cilok.....
Lepas puas mencilok berjaya jugak aku sampai ke Mesra Mall. Sebelum masuk singgah kat bas mesra mall pukul bola golf dulu.... kalau masuk dapat borang cabutan bertuah(bertuah ker?). Try sekali terlajak pulak.... Brader yg jaga tu bagi last try.... baru nak pukul awek 2 org kat belakang nie dok bagi sokongan moral pulak.... Kontrol punya pasal sampai senget aku pukul bola tu..... turun bas tgn kosong la aku.... Kalau Ajis ngan Joe try kacang jer la kot.......
Masuk kat dalam tgk Saleem tgh nyanyi.... Biasa la lagu 'Trilogi Cinta la'..... dari awek2 sampai makcik2 habis lentok melayan lagu tu...... Seluk poket nak ambik henpon.... aiseymen tertinggal kat rumah pulak..... Tak dapatla ambik gambar masuk dlm blog nie...... Sorila geng.... manusia hanya merancang....
Turun jer dari pentas, peminat2 dah serbu dah nak ambik autograf......Brader yg jaga tu dah nak mengamuk dah sebab bila dia suruh beratur org wat tah paham ker. Ader gak aku tgk sorang akak nie sampai suruh laki dukung anak sebab nak ambik autograf punya pasal... Relax kak..... malam karang bukannya nak ngadap saleem..... laki tu la jugak........ Apa pun kira okla jugak Saleem kontrol peminat dia time tu. "sabor boh..... bereh belake hari nie" lebih kurang camtula aku dengar dia cakap......
Lepas puas nengok gelaget manusia kat situ aku pun balik rumah sebab malam tu aku kena gati Zahar Seme' (cebok lagi boh).....

Selamat datang

Assalamualaikum semua......
Selamat datang ke blog aku...... Tak tau lagi nak cerita apa sebab aku nie bukannya kreatif sangat. Saja nak mencuba.....